Monday, November 18, 2013

MAJLIS PELANCARAN OPS KECERIAAN DAN KESIHATAN KPG SUNGAI UDANG

Majlis pelancaran ops keceriaan dan kesihatan Kampung Sungai Udang telah diadakan pada 14 November 2013 bertempat di Dataran Bangunan Klang Gan Brothers Sdn Bhd di Simpang Empat, Sungai Udang.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr Hajah Halimah Ali, ECXO Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Kawasan Selat Klang yang turut di hadiri oleh Ahli Majlis MPK, Tn Haji Jamuliddin Elias, Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang, Tn Hj Samsudin bin Mon, Penghulu Mukim Klang Kawasan Teluk Gadong, Encik Azharuddin bin Hj Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK, Encik Wan Mohd Sofian b Wan Hussain, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Klang, kakitangan MPK, Ketua-ketua Kampung Sungai Udang dan Teluk Gadong, Nazir Masjid MDMSU, kepimpinan masyarakat, ahli-ahli JKKK Sungai Udang, peniaga-peniaga dan masyarakat setempat.

 Objektif Program ini diadakan adalah untuk melahirkan satu gabungan tenaga kerja serta kerjasama agensi-agensi kerajaan, ketua-ketua masyarakat dan penduduk di Kampung Sungai Udang dan DUN Selat Klang untuk menjayakan dan pelaksanaan program keceriaan dan kesihatan.










Thursday, November 7, 2013

PROGRAM QURBAN EIDUL ADHA1434H MASJID DARUL MUTTAQIN SUNGAI UDANG PADA 15 OKTOBER 2013

Program Qurban Eidul Adha 1434H anjuran bersama Masjid Darul Muttaqin dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan kerjasama JKKK Sungai Udang telah diadakan pada 15 Oktober 2013 ditapak parkir tanah wakaf MDMSU selepas solat Eidul Adha.  Sebanyak 22 ekor lembu telah diqurbankan oleh 100 orang petugas Qurban dan program ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dr Hajah Halimah Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Selat Klang.




Tuesday, October 8, 2013

KARNIVAL RAMAH MESRA MPK BERSAMA PANGSAPURI AMAZING HEIGHTS, SUNGAI UDANG KLANG

Karnival Ramah  Mesra MPK Bersama Pangsapuri Amazing Heights, Sungai Udang Klang telah diadakan pada 5 Oktober 2013 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Karnival ini adalah kerjasama Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Jab Perancang Bandar dan JMB Amazing Heights dan Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, ADUN Selat Klang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Iskandar Samad, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Manivanan Gowin, Ahli Parlimen Kapar, TYDP MPK, Ahli Majlis MPK dan Pengerusi JMB Amazing Heights dan AJK.

Karnival ini diadakan bertujuan membentuk perkongsian erat MPK dan agensi.NGO berkaitan LA 21 dan
kesedaran penjagaan alam sekitar melalui amalan kitar semula dan penanaman pokok dan River Ranger Sungai Udang telah dijemput menyertai Karnival tersebut dengan demonstrasi kitar semula minyak masak terpakai menjadi lilin dan sabun.











Wednesday, October 2, 2013

PEMBERSIHAN PARIT DAN TEBANG POKOK DI PARIT PERSIMPANGAN JALAN HASSAN SUNGAI UDANG

Kerja-kerja pembersihan parit dan tebang pokok didalam parit di Persimpangan Jalan Hassan Sungai Udang yang menghalang penglihatan pengguna jalanraya di Persimpangan tersebut telah dijalankan pada 2 Oktober 2013 yang dilaksanakan oleh Biro Kebersihan dan Keceriaan JKKK Sungai Udang dan di bantu oleh River Ranger Sungai Udang.






Monday, September 16, 2013

PERBERSIHAN PARIT TERSUMBAT DIHADAPAN SURAU AS-SYUKRIAH JLN YADI

Pembersihan parit tersumbat di hadapan Surau As-Syukriah Jalan Yadi telah dijalankan pada 12 September 2013 yang dilaksanakan oleh petugas-petugas Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK dan dibantu oleh JKKK Sungai Udang dan River Ranger Sungai Udang.




Wednesday, September 4, 2013

MAJLIS ANUGERAH MPK PRIHATIN 2013 DAN PELANCARAN VISUAL KEMPEN KESEDARAN 3K (KEBERSIHAN, KEINDAHAN DAN KOMUNITI)


Majlis Anugerah MPK Prihatin 2013 telah diadakan diHotel Premiere, Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 27 Ogos 2013 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri oleh Pemangku Yang DiPertua MPK, YB Dr Hajah Halimah Ali & YB Dr Daroyah Alwi (ADUN & EXCO Kerajaan Negeri Selangor), Orang Besar Daerah Klang, ahli-ahli Majlis MPK dan para jemputan khas.  Seramai 30 penerima terdiri dari individu, persatuan dan NGO menerima anugerah diatas jasa membantu MPK menjalankan program dan JKKK Sungai Udang Klang adalah diantara penerima anugerah.






SAMBUTAN EIDUL FITRI MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM PKA KARIAH SUNGAI UDANG PADA 25 OGOS 2013


Sambutan Hari Raya meraikan anak-anak yatim kariah Kampung Sungai Udang telah diadakan pada 25 Ogos 2013 bertempat di Balai JKKK Sungai Udang Jalan Benteng dibawah anjuran bersama PKA dan JKKK Sungai Udang.  Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, ADUN Selat Klang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor.  Ketua Kampung Sungai Udang, Pembantu Khas Pejabat ADUN Selat Klang dan Nazir Masjid,  Pengerusi PKA, AJK JKKK dan AJK Masjid MDMSU turut hadir didalam majlis sambutan Hari Raya tersebut.