Monday, September 16, 2013

PERBERSIHAN PARIT TERSUMBAT DIHADAPAN SURAU AS-SYUKRIAH JLN YADI

Pembersihan parit tersumbat di hadapan Surau As-Syukriah Jalan Yadi telah dijalankan pada 12 September 2013 yang dilaksanakan oleh petugas-petugas Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK dan dibantu oleh JKKK Sungai Udang dan River Ranger Sungai Udang.




Wednesday, September 4, 2013

MAJLIS ANUGERAH MPK PRIHATIN 2013 DAN PELANCARAN VISUAL KEMPEN KESEDARAN 3K (KEBERSIHAN, KEINDAHAN DAN KOMUNITI)


Majlis Anugerah MPK Prihatin 2013 telah diadakan diHotel Premiere, Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 27 Ogos 2013 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri oleh Pemangku Yang DiPertua MPK, YB Dr Hajah Halimah Ali & YB Dr Daroyah Alwi (ADUN & EXCO Kerajaan Negeri Selangor), Orang Besar Daerah Klang, ahli-ahli Majlis MPK dan para jemputan khas.  Seramai 30 penerima terdiri dari individu, persatuan dan NGO menerima anugerah diatas jasa membantu MPK menjalankan program dan JKKK Sungai Udang Klang adalah diantara penerima anugerah.






SAMBUTAN EIDUL FITRI MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM PKA KARIAH SUNGAI UDANG PADA 25 OGOS 2013


Sambutan Hari Raya meraikan anak-anak yatim kariah Kampung Sungai Udang telah diadakan pada 25 Ogos 2013 bertempat di Balai JKKK Sungai Udang Jalan Benteng dibawah anjuran bersama PKA dan JKKK Sungai Udang.  Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, ADUN Selat Klang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor.  Ketua Kampung Sungai Udang, Pembantu Khas Pejabat ADUN Selat Klang dan Nazir Masjid,  Pengerusi PKA, AJK JKKK dan AJK Masjid MDMSU turut hadir didalam majlis sambutan Hari Raya tersebut.






MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEBERSIHAN PASAR MALAM DAERAH KLANG TAHUN 2012


Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kebersihan Pasar Malam Klang 2012 telah diadakan pada 24 Ogos 2013 (Sabtu) di Dataran Seni, Pusat Bandar Klang Utara dan Kampung Sungai Udang (Pasar Malam Simpang Empat- Teluk Pulai) telah mendapat tempat ke tiga kategori tersebut yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Teng Chang Khim, EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Turut hadir diMajlis itu, Timbalan Yang DiPertua, Tuan Haji Mohd Ikhsan bin Mukri, Ahli-ahli Majlis Perbandaran Klang, Pengarah-pengarah Jabatan MPK, Ketua-ketua Kampung, Pengerusi-pengerusi Taman dan kakitangan MPK.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada petugas-petugas Pasar Malam Simpang Empat-Teluk Pulai yang telah menjalankan tugas pembersihan dengan cemerlang dan diharapkan pada pertandingan tahun hadapan JKKK Sungai Udang akan berjaya menjadi johan untuk daerah ini.