Wednesday, June 26, 2013

BLOG ADUAN/CADANGAN MASYARAKAT DAN ORANG RAMAI KAMPUNG SUNGAI UDANG KLANG


JKKK Sungai Udang mengalu-alukan masyarakat dan penduduk di Kampung Sungai Udang menggunakan Blog JKKK khusus untuk membuat sebarang aduan dan pandangan membina  bertujuan untuk kebaikan dan kemajuan  dengan harapan sebarang masalah yang timbul akan dapat ditangani agar Kampung kita didalam situasi aman dan sejahtera.

           MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT - KEARAH MASYARAKAT BERKEBAJIKAN

PROGRAM DAN AKTIVITI JKKK SUNGAI UDANG SEPANJANG TAHUN 2012

BERIKUT ADALAH PROGRAM DAN AKTIVITI JKKK SUNGAI UDANG SEPANJANG TAHUN 2012 UNTUK TATAPAN DAN RUJUKAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG KAMI....TERIMA KASIH.

SUMBANGAN BERAS KEPADA WARGA EMAS DAN MISKIN KAUM TIONGHUA SEMPENA MERAIKAN TAHUN BARU CINA 2012

Program sumbangan beras dan makanan kering kepada warga emas dan miskin kaum Tionghua telah disampaikan oleh Ketua Kampung Sungai Udang di Balai JKKK Jln Benteng pada 25 Januari 2012 sempena meraikan Tahun Baru Cina.Lebih dari 100 orang warga Tionghua hadir ke Program ini.






PROGRAM TANAM POKOK BERSAMA KUMPULAN RIVER RANGER SUNGAI KLANG 25 FEBRUARI 2012

Program tanam pokok bersama Kumpulan RR Sungai Klang (RR Sungai Udang) telah diadakan pada 25 Februari 2012. Ini adalah Program Local Agenda 21, MPK yang turut melibatkan RR Sungai Pinang Bandar, RR Kpg Delek, RR Kpg Kuantan, RR Kampung Rantau Panjang dan MPK. YB Dr Hjh Halimah Ali dapat melapangkan diri untuk hadir dan merasmikan Program ini dan bersama Ahli Majlis MPK, Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Ketua Kampung Sungai Udang dan para pegawai dari MPK.






PELANCARAN BAZAR ESPLANADE TANJUNG HARAPAN OLEH YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR 24 MAC 2012

Pelancaran Bazar Esplanade di Tanjung Harapan telah disempurnakan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Sri Abdul Khalid bin Ibrahim pada 24 Mac 2012. Anggota2 EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali, YB Hj Yaakob Sapari, YB Ahli Parlimen Kapar dan TYPD MPK turut hadir didalam majlis tersebut.











BANJIR MELANDA KAMPUNG SUNGAI UDANG DAN KAWASAN PERSEKITARANNYA!!!!

Pada awal pagi 30 Mac 2012 yang lalu hujan lebat yang berterusan selama 3 jam telah menyebabkan banjir di seluruh bandar Klang termasuklah Kampung Sungai Udang dan kawasan persekitarannya. Banjir hanya surut selepas jam 11 pagi dan  banyak kerosakan harta benda termasuklah peralatan elektrik namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.






BANTUAN FASA 1 KEPADA MANGSA PERISTIWA BANJIR PADA 30 MAC 2012

Sumbangan bantuan Fasa 1 dari Lembaga Zakat Selangor kepada mangsa peristiwa banjir 30 Mac  telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dr Hajah Halimah Ali ADUN Selat Klang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor pada 20 April 2012 di Dewan Serbaguna Teluk Pulai. Seramai 300 orang telah menerima sumbangan bantuan pada hari tersebut dan bantuan Fasa ke 2 akan sampaikan pada masa terdekat.






LAWATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KE PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA SHAH ALAM 24 APRIL 2012

Seramai 80 orang pelajar sekolah menengah yang tinggal dikariah Sungai Udang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan  Raja Tun Uda, Shah Alam yang diketuai oleh Puan Azizah bin Hassan Ketua Biro Pembangunan Modal Insan JKKK Sungai Udang.







ICM 2012: KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI - PROGRAM KESEDARAN KEPADA PENGUSAHA RESTORAN 14 JUN 2012

Program kesedaran kepada pengusaha restoran di Klang berkenaan kitar semula minyak masak terpakai mendapati sebahagian pengusaha restoran tidak menggunakan perangkap minyak (grease trap) dan tidak.....





.....mendapat maklumat yang tepat berkenaan penjagaan alam sekitar justeru pencemaran air sungai akibat pelupusan minyak masak terpakai tidak mengikut kaedah yang sebenarnya.

SAMBUTAN EIDUL FITRI PERMUAFAKATAN ANAK2 YATIM (PKA) MASJID DARUL MUTTAQIN SUNGAI UDANG BERSAMA JKKK SUNGAI UDANG PADA 9 SEPTEMBER 2012

Sambutan Eidul Fitri PKA MDMSU bersama JKKK Sungai Udang khusus untuk meraikan anak-anak yatim kariah Sungai Udang yang turut disertai oleh AJK Masjid.





LAWATAN PERKONGSIAN ILMU PROGRAM PEMULIHARAAN & PENGINDAHAN SUNGAI DI MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH PADA 27 HINGGA 29 SEPTEMBER 2012