Monday, July 27, 2009

PESTA BUKU SELANGOR 2009

Bermula 24 Julai hingga 3 Ogos 2009 Kerajaan Negeri Selangor bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sedang menganjurkan Pesta Buku Negeri Selangor kali ke4. YB Dr Hajah Halimah bt Ali EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah merasmikan pelancaran Pesta Buku Selangor 2009 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam. Pesta Buku ini diadakan selama 11 hari di Kompleks PKNS, Shah Alam. Pesta Buku ini merupakan antara program yang amat penting bagi kerajaan negeri Selangor kerana agendanya kearah pembangunan modal insan yang berkualiti untuk membina rakyat yang berilmu. Penganjuran ini juga meletakkan negeri Selangor sebagai "Hub Ilmuan atau Hub Pendidikan".

Thursday, July 23, 2009

SUKAN: BOLASEPAK 7-SEBELAH

Satu pertandingan bolasepak 7 sebelah akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Klang bersebelahan Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Jalan Tepi Sungai pada 2 Ogos 2009. Program ini adalah anjuran bersama JKKK Sungai Udang dengan Persatuan Penduduk Jalan Tepi Sungai. Acara ini terbuka kepada pasukan-pasukan bolasepak di DUN Selat Klang sahaja. Hadiah utama Piala Pusingan Dr Hjh Halimah Ali dan wang tunai RM

Monday, July 20, 2009

KHIDMAT KOMUNITI

Anda ada maklumat terkini berkenaan peristiwa dikawasan anda? Anda memerlukan perkhidmatan yang efisyen & efektif? Anda ada maklumat mengenai jiran, kenalan atau keluarga yang memerlukan sebarang bantuan? Maklumkan kepada kami di JKKK Sungai Udang untuk tindakan yang selanjutnya. Sila hubungi Ketua Biro ICT Tn Hj Abd Ghaffar di talian 016-2776307 atau e-mel: ghaffarjalil@gmail.com atau terus layari laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor di www.selangor.gov.my untuk memudahkan urusan anda.

Sunday, July 19, 2009

PROGRAM KEMAHIRAN, PEMBANGUNAN & LATIHAN ICT

Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Bulan Festival Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Selangor (FesSTIS'09) sepanjang bulan Jun & Julai ini. JKKK Sungai Udang telah menghantar Ketua Biro ICT berserta 4 orang AJK kecil ICT untuk menghadiri program tersebut pada 19 julai 2009. Program tersebut telah dijalankan di Makmal Teknologi Maklumat (IT) Perpustakaan Awam Shah Alam.

KONVENSYEN INTEGRASI KELUARGA

Konvensyen Institusi Keluarga Negeri Selangor telah diadakan baru-baru ini pada 14 Julai 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Konvensyen ini dianjurkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor. JKKK Sungai Udang Klang telah menghantar lima orang ahli untuk menyertai Konvensyen tersebut. Seramai lebih 1,400 peserta telah hadir ke Konvensyen tersebut.

kampungku


aman damai