Sunday, April 24, 2011

KEJOHANAN KEMAHIRAN AMAL ISLAMI (KAMIL) DAERAH KLANG

Kejohanan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat daerah Klang telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Sungai Udang pada 23 dan 24 April 2011. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti nasyid, marhaban, pidato, hafazan, kalam jamaie dan khutbah. Acara -acara tersebut disertai oleh 3,600 orang pelajar dari 54 buah sekolah rendah agama diseluruh daerah Klang. Perasmian Kejohanan ini telah disempurnakan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali ADUN Selat Klang merangkap EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor pada jam 3.00 petang 23 April. Kejohanan ini diserikan dengan gerai-gerai jualan hasil produk kampung dan disertai oleh Tabung Haji, BSN dan kaunter Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).



JAMBOREE YAYASAN AMAL 2011




Friday, April 22, 2011

JAMBOREE YAYASAN AMAL 2011

Jamboree Yayasan Amal 2011 akan diadakan pada 22 April 2011 (Jumaat) hingga 24 April 2011 (Ahad) di Klang. Pada 23 April 2011 (Sabtu) seramai 50 orang ahli Yayasan bersama-sama masyarakat setempat akan mengadakan gotong royong pembersihan kawasan yang akan turut disertai oleh JKKK Sungai Udang dan ahli-ahli River Ranger Sungai Udang. Diantara lokasi yang akan menjadi tumpuan adalah di Balai JKKK Sungai Udang, Simpang Empat Sungai Udang dan Sekolah Rendah Agama Sungai Udang. Program ini dijangka berakhir sekitar jam 11 pagi.

PROGRAM KHAS MESRA RAKYAT BERSAMA YAB MENTERI BESAR SELANGOR

Program Khas Mesra Rakyat (PKMR)bersama YAB Dato'Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim telah diadakan pada 22 April 2011 (Jumaat) bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Antara agenda sesi dialog YAB Dato'Menteri Besar Selangor bersama kakitangan kerajaan, penghulu, pengerusi JKKK dan pemimpin masyarakat. YAB kemudiannya bertolak ke Masjid Sultan Abdul Aziz Kg Perigi Nenas, Pulau Indah untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengahari bersama ahli kariah masjid dan penduduk. Beliau kemudiannya membuat lawatan tapak ke pusat pengembangan hasil rakyat disekitar Pulau Indah seperti ke ladang Rock Melon dan perusahaan kek dan bersolat asar di Masjid Ar-Rahman, Sg. Pinang Pulau Indah.
Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis ceramah perdana bersama YAB Dato'Menteri Besar Selangor bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

Monday, April 18, 2011

WABAK DENGGI MELANDA SUNGAI UDANG!!!

Wabak denggi telah melanda Kampung Sungai Udang dan sehingga 16 April 2011 18 orang telah dijangkiti demam denggi.JKKK Sungai Udang dengan kerjasama jemaah Surau Qusyairiah telah mengadakan Program Gotong Royong pembersihan kawasan pada 9 April 2011 yang turut disertai oleh Jabatan Kesihatan Daerah Klang dan Briged Amal. Encik Nazerie pegawai Jabatan Kesihatan Daerah telah menyampaikan taklimat ringkas menerangkan perihal pentingnya menjaga kebersihan didalam dan luar kawasan rumah untuk mecegah pembiakan nyamuk aedes dan wabak denggi. YB Dr Halimah Ali dan pegawai dari pejabat DUN Selat Klang bersama Ketua Kampung Sungai Udang dan Nazir Masjid Darul Muttaqin turut bersama didalam Program tersebut yang dibahagikan kepada 5 kumpulan dan gotong royong berakhir sekitar jam 11 pagi.

PROGRAM PENGINDAHAN SUNGAI KLANG 2011

Program pengindahan Sungai Klang JPBD Selangor bersma MPK Tahun 2011 telah diadakan pada 9 April 2011 (Sabtu) dari jam 7.00 pagi bertempat di Taman Pengkalan Batu dan Taman Pengkalan Kampar Klang. Program ini disertai oleh warga MPK dan JPBD Selangor bersama anggota River Ranger Sungai Udang, Sungai Pinang Bandar dan Kampung Delek. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik, pelancaran tong sampah "smart bin", penanaman pokok di tebing Sungai Klang' pameran River Ranger dan pertandingan memancing. Program ini telah dirasmikan oleh Naib YDP MPK dan program ini berakhir sekitar jam 11 pagi.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNIVERSITI MALAYA 2011

Program Khidmat Masyarakat (Khedmat 11)anjuran Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan kerjasama EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor dan JKKK Sungai Udang telah diadakan di Kampung Sungai Udang dari 1 April hingga 3 April yang lalu. Program pada 1 April dimulai dengan Majlis Perasmian oleh YB Dr Hajah Halimah Ali EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan pada sebelah malamnya Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Prof Madya Mohamad Kamil Abd Majid bertajuk "Membentuk Keluarga Bahagia". Pelbagai program pada 2 April dari jam 9 pagi seperti ceramah motivasi kepada pelajar pelajar sekolah rendah dan menengah, persembahan multimedia dan latihan dalam kelas (LDK). Pada sebelah petangnya pula telah diadakan acara sukaneka "Jalinan Kasih Sayang" seperti kukur kelapa & menganyam ketupat untuk kaum ibu, cari gula-gula dalam tepung,tarik tali dan perlawanan bolasepak kanak-kanak. Kemuncak acara sukaneka adalah tarik tali dan perlawanan bolasepak diantara pelajar UM dan warga SU. Permainan tarik tali telah dimenangi oleh pelajar UM manakala bolasepak dimenangi oleh warga SU. Pada sebelah malam nya diadakan Malam Kesenian Islam "Ukhwah Dijalin" yang disertai oleh pelajar UM dan pelajar dari Kampung Sungai Udang. Pada 3 April pula diadakan Gotong Royong Pembersihan Kawasan dan memasak untuk Kenduri Sekampung bermula seawal 7.30 pagi yang disertai oleh pelajar UM dan masyarakat tempatan. Perasmian penutup telah diadakan di Masjid Darul Muttaqin pada jam 4 petang beserta penyampaian cenderamata, sijil peserta dan persembahan multimedia "Khedmat 2011". Pelajar UM telah bertolak pulang ke Universiti Malaya selepas solat maghrib.

MATHS CAMP SEMPENA CUTI SEKOLAH

Mathematics Camp semasa cuti sekolah telah diadakan pada 17 Mac 2011 yang lalu di Taman Pertanian Bukit Cerakah. program in adalah anjuran Permuafakatan Kebajikan Anak-anak Yatim (PKA)Masjid Darul Muttaqin Sungai Udang dengan kerjasama JKKK Sungai Udang. Program ini telah disertai oleh 83 orang pelajar dari pelbagai sekolah di sekitar Sungai Udang. Layang Adventure Training Events telah dilantik untuk menjalankan Program sehari ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Maths Quest, membina 'human numbers',permainan paintball dan tarian 'chicken dance'. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Nazir Masjid Darul Muttaqin, Tuan Hj Kamaluddin bin Hj Rahmat dan hadiah -hadiah telah disampaikan oleh beliau dan Tuan Hj Abdul Ghaffar bin Hj Abd Jalil Setiausaha JKKK Sungai Udang kepada para peserta yang berjaya. Program sehari ini telah berakhir sekitar jam 6 petang.