Wednesday, August 5, 2009

KEMPEN KESEDARAN OSCC

Kempen kesedaran OSCC ( One Stop Crisis Centre) negeri Selangor peringkat DUN Selat Klang akan diadakan pada 8 Ogos 2009 di Dewan Putra Kampung Delek Kanan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari. Seminar Katakan Tidak Kepada Keganasan Rumah Tangga, Perundangan Wanita, Keluarga & Kanak-kanak dan OSCC harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh ibu-ibu, para muslimat dan kanak-kanak. Orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan dan menjayakan kempen ini.

Sunday, August 2, 2009

PROGRAM JELAJAH ILMUWAN

Program jelajah ilmuwan akan berada di Dewan Serbaguna Telok Gadong, Sungai Udang pada hari Sabtu 15 Ogos 2009. YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim akan melancarkan program tersebut. 3 orang para ilmuwan akan menjadi tetamu khas pada majlis tersebut; seorang professor saintis yang telah mencipta sejenis vaksin virus, seorang pensyarah di UNISEL yang juga merupakan seorang jurutera yang telah mencipta perahu daripada simen dan seorang professor yang merupakan pakar gentian optik. Program ini adalah salah satu program penting anjuran kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama UNISEL. Jawatankuasa induknya adalah UNISEL, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dan Pejabat ADUN Selat Klang. Antara aktiviti-aktiviti menarik Program Jelajah Ilmuwan adalah pameran ilmuwan, pameran UNISEL dan KUIS, persembahan nasyid, pertandingan mewarna dan bercerita peringkat tadika dan satu program khas untuk wanita. UNISEL dan PPAS( Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) akan membuka kaunter untuk mendapat penerangan lanjut. Pelajar-pelajar sekolah, pimpinan masyarakat dan orang ramai adalah dijemput hadir ke Program ini.