Friday, July 1, 2011

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA 2011

Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma 2011 telah diadakan di Surau Qusyairiah Sungai Udang pada 25 Jun 2011 (Sabtu) bermula dari jam 9 pagi hingga jam 1 tengahari. Seramai 127 orang penduduk setempat telah menyertai program ini yang dianjurkan oleh Pejabat EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi, MPMS dan JKKK Sungai Udang





. Doktor-doktor pelatih didatangkan khusus dari KUIS dan merupakan pelajar anak-anak asnaf yang ingin menabur bakti di kampung ini. YB Dr Hajah Halimah Ali ADUN Kawasan Selat Klang turut serta memberikan khidmat beliau kepada pengunjung yang hadir.

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KLANG 2011

Sambutan Hari Guru Daerah Klang 2011 telah diadakan di Hotel Goldcourse Klang pada 19 Jun 2011(Ahad)bermula jam 8.30 pagi. Program tersebut yang dianjurkan oleh MPPIBGiS dan DUN Selat Klang dengan kerjasama JKKK telah dirasmikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali ADUN Kawasan Selat Klang merangkap EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor.Seramai 340 orang guru-guru diraikan terdiri dari guru tadika, sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan sekolah agama rakyat telah hadir ke Program ini.







Program ini berakhir sekitar jam 1.00 tengahari.

Monday, June 27, 2011

KEMPEN KEBERSIHAN HOLISTIK DUN SELAT KLANG

Kempen Kebersihan Holistik DUN Selat Klang telah diadakan pada Sabtu 21 Mei 2011 dengan perasmiannya oleh YB Dr Hajah Halimah Ali ADUN Kawasan Selat Klang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor di Pejabat DUN Selat Klang. Kempen ini adalah anjuran bersama dengan Majlis Perbandaran Klang, Alam Flora, Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Pejabat Daerah / Tanah Klang, JKKK Sungai Udang, Teluk Gadong dan Kampung Delek dan disertai oleh River Ranger Sungai Udang dan Kampung Delek.Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 tengahari.

Sunday, April 24, 2011

KEJOHANAN KEMAHIRAN AMAL ISLAMI (KAMIL) DAERAH KLANG

Kejohanan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat daerah Klang telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Sungai Udang pada 23 dan 24 April 2011. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti nasyid, marhaban, pidato, hafazan, kalam jamaie dan khutbah. Acara -acara tersebut disertai oleh 3,600 orang pelajar dari 54 buah sekolah rendah agama diseluruh daerah Klang. Perasmian Kejohanan ini telah disempurnakan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali ADUN Selat Klang merangkap EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor pada jam 3.00 petang 23 April. Kejohanan ini diserikan dengan gerai-gerai jualan hasil produk kampung dan disertai oleh Tabung Haji, BSN dan kaunter Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).



JAMBOREE YAYASAN AMAL 2011




Friday, April 22, 2011

JAMBOREE YAYASAN AMAL 2011

Jamboree Yayasan Amal 2011 akan diadakan pada 22 April 2011 (Jumaat) hingga 24 April 2011 (Ahad) di Klang. Pada 23 April 2011 (Sabtu) seramai 50 orang ahli Yayasan bersama-sama masyarakat setempat akan mengadakan gotong royong pembersihan kawasan yang akan turut disertai oleh JKKK Sungai Udang dan ahli-ahli River Ranger Sungai Udang. Diantara lokasi yang akan menjadi tumpuan adalah di Balai JKKK Sungai Udang, Simpang Empat Sungai Udang dan Sekolah Rendah Agama Sungai Udang. Program ini dijangka berakhir sekitar jam 11 pagi.

PROGRAM KHAS MESRA RAKYAT BERSAMA YAB MENTERI BESAR SELANGOR

Program Khas Mesra Rakyat (PKMR)bersama YAB Dato'Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim telah diadakan pada 22 April 2011 (Jumaat) bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Antara agenda sesi dialog YAB Dato'Menteri Besar Selangor bersama kakitangan kerajaan, penghulu, pengerusi JKKK dan pemimpin masyarakat. YAB kemudiannya bertolak ke Masjid Sultan Abdul Aziz Kg Perigi Nenas, Pulau Indah untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengahari bersama ahli kariah masjid dan penduduk. Beliau kemudiannya membuat lawatan tapak ke pusat pengembangan hasil rakyat disekitar Pulau Indah seperti ke ladang Rock Melon dan perusahaan kek dan bersolat asar di Masjid Ar-Rahman, Sg. Pinang Pulau Indah.
Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis ceramah perdana bersama YAB Dato'Menteri Besar Selangor bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

Monday, April 18, 2011

WABAK DENGGI MELANDA SUNGAI UDANG!!!

Wabak denggi telah melanda Kampung Sungai Udang dan sehingga 16 April 2011 18 orang telah dijangkiti demam denggi.JKKK Sungai Udang dengan kerjasama jemaah Surau Qusyairiah telah mengadakan Program Gotong Royong pembersihan kawasan pada 9 April 2011 yang turut disertai oleh Jabatan Kesihatan Daerah Klang dan Briged Amal. Encik Nazerie pegawai Jabatan Kesihatan Daerah telah menyampaikan taklimat ringkas menerangkan perihal pentingnya menjaga kebersihan didalam dan luar kawasan rumah untuk mecegah pembiakan nyamuk aedes dan wabak denggi. YB Dr Halimah Ali dan pegawai dari pejabat DUN Selat Klang bersama Ketua Kampung Sungai Udang dan Nazir Masjid Darul Muttaqin turut bersama didalam Program tersebut yang dibahagikan kepada 5 kumpulan dan gotong royong berakhir sekitar jam 11 pagi.

PROGRAM PENGINDAHAN SUNGAI KLANG 2011

Program pengindahan Sungai Klang JPBD Selangor bersma MPK Tahun 2011 telah diadakan pada 9 April 2011 (Sabtu) dari jam 7.00 pagi bertempat di Taman Pengkalan Batu dan Taman Pengkalan Kampar Klang. Program ini disertai oleh warga MPK dan JPBD Selangor bersama anggota River Ranger Sungai Udang, Sungai Pinang Bandar dan Kampung Delek. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik, pelancaran tong sampah "smart bin", penanaman pokok di tebing Sungai Klang' pameran River Ranger dan pertandingan memancing. Program ini telah dirasmikan oleh Naib YDP MPK dan program ini berakhir sekitar jam 11 pagi.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNIVERSITI MALAYA 2011

Program Khidmat Masyarakat (Khedmat 11)anjuran Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan kerjasama EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor dan JKKK Sungai Udang telah diadakan di Kampung Sungai Udang dari 1 April hingga 3 April yang lalu. Program pada 1 April dimulai dengan Majlis Perasmian oleh YB Dr Hajah Halimah Ali EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan pada sebelah malamnya Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Prof Madya Mohamad Kamil Abd Majid bertajuk "Membentuk Keluarga Bahagia". Pelbagai program pada 2 April dari jam 9 pagi seperti ceramah motivasi kepada pelajar pelajar sekolah rendah dan menengah, persembahan multimedia dan latihan dalam kelas (LDK). Pada sebelah petangnya pula telah diadakan acara sukaneka "Jalinan Kasih Sayang" seperti kukur kelapa & menganyam ketupat untuk kaum ibu, cari gula-gula dalam tepung,tarik tali dan perlawanan bolasepak kanak-kanak. Kemuncak acara sukaneka adalah tarik tali dan perlawanan bolasepak diantara pelajar UM dan warga SU. Permainan tarik tali telah dimenangi oleh pelajar UM manakala bolasepak dimenangi oleh warga SU. Pada sebelah malam nya diadakan Malam Kesenian Islam "Ukhwah Dijalin" yang disertai oleh pelajar UM dan pelajar dari Kampung Sungai Udang. Pada 3 April pula diadakan Gotong Royong Pembersihan Kawasan dan memasak untuk Kenduri Sekampung bermula seawal 7.30 pagi yang disertai oleh pelajar UM dan masyarakat tempatan. Perasmian penutup telah diadakan di Masjid Darul Muttaqin pada jam 4 petang beserta penyampaian cenderamata, sijil peserta dan persembahan multimedia "Khedmat 2011". Pelajar UM telah bertolak pulang ke Universiti Malaya selepas solat maghrib.

MATHS CAMP SEMPENA CUTI SEKOLAH

Mathematics Camp semasa cuti sekolah telah diadakan pada 17 Mac 2011 yang lalu di Taman Pertanian Bukit Cerakah. program in adalah anjuran Permuafakatan Kebajikan Anak-anak Yatim (PKA)Masjid Darul Muttaqin Sungai Udang dengan kerjasama JKKK Sungai Udang. Program ini telah disertai oleh 83 orang pelajar dari pelbagai sekolah di sekitar Sungai Udang. Layang Adventure Training Events telah dilantik untuk menjalankan Program sehari ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Maths Quest, membina 'human numbers',permainan paintball dan tarian 'chicken dance'. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Nazir Masjid Darul Muttaqin, Tuan Hj Kamaluddin bin Hj Rahmat dan hadiah -hadiah telah disampaikan oleh beliau dan Tuan Hj Abdul Ghaffar bin Hj Abd Jalil Setiausaha JKKK Sungai Udang kepada para peserta yang berjaya. Program sehari ini telah berakhir sekitar jam 6 petang.

Wednesday, March 9, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA 2011

"Perkahwinan menjana mawaddah". Itulah tema majlis perkahwinan perdana 2011 yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan bertempat di Masjid Nurul Amin Kampung Delek pada hari Sabtu 26 Mac 2011 yang dijangka akan disertai oleh lebih dari 100 pasangan mempelai. Orang ramai adalah dijemput untuk meraikan Majlis ini yang julung-julung kalinya diadakan.

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)

Program mikrokredit miskin bandar (MIMBAR) telah dilancarkan pada hari Khamis 3 Mac 2011 di Dewan Pendamar Indah 2 oleh YAB Dato'Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato'Sri Abdul Khalid bin Ibrahim. Program ini adalah dibawah EXCO Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Innovasi Kerajaan Negeri Selangor. Orang ramai telah membanjiri Dewan in sejak dari jam 2 petang. Objektif program ini adalah memberi perhatian serta kebajikan kepada masyarakat miskin bandar agar dapat membaiki dan merubah kehidupan mereka pada masa akan datang. Program ini berakhir sekitar jam 5.30 petang.

Monday, March 7, 2011

MESYUARAT RIVER RANGER SUNGAI KLANG 2011

Mesyuarat River Ranger Sungai Klang MPK:Zon 1 telah diadakan pada hari Khamis 10 Februari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar MPK yang di pengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Puan Aniza binti Osman. Antara agenda yang dibincangkan adalah seperti Program Kitar Semula Minyak Masak, Program Penanaman Pokok pada 13 Mac 2011 dan Mini Karnival pada bulan Jun 2011 nanti.Mesyuarat ini telah dihadiri oleh RR Sungai Pinang Bandar, RR Kpg Delek dan RR Sungai Udang yang turut membuat 'Slide Show Presentation' kepada pegawai2 yang turut hadir.

PROGRAM SUMBANGAN WANG EHSAN TABUNG BANTUAN BENCANA

Seramai 13 keluarga di kariah Sungai Udang yang ditimpa bencana ribut pada akhir tahun 2010 akan menerima sumbangan wang ehsan tabung bantuan bencana daerah anjuran Pejabat Daerah/Tanah Klang pada hari Jumaat 11 Mac 2011 bertempat di Balai JKKK Kg Delek mulai jam 9 pagi. Sumbangan ini akan disampaikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali ADUN Selat KLang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Sunday, March 6, 2011

PROGRAM KESEDARAN DAN PENCEGAHAN WABAK DENGGI

Program kesedaran dan pencegahan wabak denggi kepada pimpinan masyarakat daerah Klang akan diadakan pada hari Rabu 16 Mac 2011 bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang dai jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Program ini akan dihadiri oleh Ketua Kampung, Setiausaha dan Bendahari JKKK Sungai Udang.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNIVERSITI MALAYA

Pada 28 Februari yang lalu 5 orang wakil penuntut Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah melawat Kampung Sungai Udang dan berjumpa dengan Ketua Kampung untuk berbincang berkenaan program khidmat masyarakat (KHEDMAT'11). Antara pengisian program ialah pembangunan kanak2, remaja menengah, masyarakat awam dan masyarakat bukan Islam.
Tema "Membangun Mahasiswa Bersama Masyarakat" dan program ini adalah kerjasama bersama EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Hajah Halimah Ali merangkap ADUN Selat Klang. Mesyuarat susulan adalah pada 14 Mac 2011 untuk membincangkan aturcara Program yang akan diadakan pada 1 hingga 3 April 2011 nanti.

KURSUS ASAS PROTOKOL & ETIKET SOSIAL

Kursus asas protokol & etiket sosial dan pengurusan mesyuarat berkualiti ketua kampung tradisi & ketua komuniti kaum India negeri Selangor bagi daerah Klang dan Petaling telah diadakan pada hari Selasa 22 Februari 2011 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam dari jam 8 pagi hingga 5 petang.JKKK Sungai Udang telah di wakili oleh Ketua Kampung, Setiausaha, Bendahari, Ketua Biro Kebajikan dan Biro Ekonomi. Antara agenda adalah cara-cara pengurusan mesyuarat yang berkualiti, peranan dan tanggungjawab ahli-ahli mesyuarat dan pengurusan majlis dalam konteks perhubungan awam.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2010

GOTONG ROYONG PERDANA SUNGAI UDANG 2010

Gotong royong perdana anjuran JKKK Sungai Udang telah diadakan pada Ahad 5 Disember 2010 lalu yang telah disertai oleh pegawai2 dari Pej Daerah Klang, Jabatan Alam Sekitar MPK, Alam Flora, Jabatan Kesihatan Daerah Klang, NGO-NGO, ahli2 River Ranger Sungai Udang, ahli2 JKKK dan masyarakat setempat. Program ini telah dilancarkan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang, Tuan Haji Samsudin bin Mon. Gotong royong in berakhir sekitar 12.00 tengahari.