Monday, April 18, 2011

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNIVERSITI MALAYA 2011

Program Khidmat Masyarakat (Khedmat 11)anjuran Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan kerjasama EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor dan JKKK Sungai Udang telah diadakan di Kampung Sungai Udang dari 1 April hingga 3 April yang lalu. Program pada 1 April dimulai dengan Majlis Perasmian oleh YB Dr Hajah Halimah Ali EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan pada sebelah malamnya Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Prof Madya Mohamad Kamil Abd Majid bertajuk "Membentuk Keluarga Bahagia". Pelbagai program pada 2 April dari jam 9 pagi seperti ceramah motivasi kepada pelajar pelajar sekolah rendah dan menengah, persembahan multimedia dan latihan dalam kelas (LDK). Pada sebelah petangnya pula telah diadakan acara sukaneka "Jalinan Kasih Sayang" seperti kukur kelapa & menganyam ketupat untuk kaum ibu, cari gula-gula dalam tepung,tarik tali dan perlawanan bolasepak kanak-kanak. Kemuncak acara sukaneka adalah tarik tali dan perlawanan bolasepak diantara pelajar UM dan warga SU. Permainan tarik tali telah dimenangi oleh pelajar UM manakala bolasepak dimenangi oleh warga SU. Pada sebelah malam nya diadakan Malam Kesenian Islam "Ukhwah Dijalin" yang disertai oleh pelajar UM dan pelajar dari Kampung Sungai Udang. Pada 3 April pula diadakan Gotong Royong Pembersihan Kawasan dan memasak untuk Kenduri Sekampung bermula seawal 7.30 pagi yang disertai oleh pelajar UM dan masyarakat tempatan. Perasmian penutup telah diadakan di Masjid Darul Muttaqin pada jam 4 petang beserta penyampaian cenderamata, sijil peserta dan persembahan multimedia "Khedmat 2011". Pelajar UM telah bertolak pulang ke Universiti Malaya selepas solat maghrib.

No comments:

Post a Comment