Wednesday, March 9, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA 2011

"Perkahwinan menjana mawaddah". Itulah tema majlis perkahwinan perdana 2011 yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan bertempat di Masjid Nurul Amin Kampung Delek pada hari Sabtu 26 Mac 2011 yang dijangka akan disertai oleh lebih dari 100 pasangan mempelai. Orang ramai adalah dijemput untuk meraikan Majlis ini yang julung-julung kalinya diadakan.

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)

Program mikrokredit miskin bandar (MIMBAR) telah dilancarkan pada hari Khamis 3 Mac 2011 di Dewan Pendamar Indah 2 oleh YAB Dato'Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato'Sri Abdul Khalid bin Ibrahim. Program ini adalah dibawah EXCO Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Innovasi Kerajaan Negeri Selangor. Orang ramai telah membanjiri Dewan in sejak dari jam 2 petang. Objektif program ini adalah memberi perhatian serta kebajikan kepada masyarakat miskin bandar agar dapat membaiki dan merubah kehidupan mereka pada masa akan datang. Program ini berakhir sekitar jam 5.30 petang.

Monday, March 7, 2011

MESYUARAT RIVER RANGER SUNGAI KLANG 2011

Mesyuarat River Ranger Sungai Klang MPK:Zon 1 telah diadakan pada hari Khamis 10 Februari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar MPK yang di pengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Puan Aniza binti Osman. Antara agenda yang dibincangkan adalah seperti Program Kitar Semula Minyak Masak, Program Penanaman Pokok pada 13 Mac 2011 dan Mini Karnival pada bulan Jun 2011 nanti.Mesyuarat ini telah dihadiri oleh RR Sungai Pinang Bandar, RR Kpg Delek dan RR Sungai Udang yang turut membuat 'Slide Show Presentation' kepada pegawai2 yang turut hadir.

PROGRAM SUMBANGAN WANG EHSAN TABUNG BANTUAN BENCANA

Seramai 13 keluarga di kariah Sungai Udang yang ditimpa bencana ribut pada akhir tahun 2010 akan menerima sumbangan wang ehsan tabung bantuan bencana daerah anjuran Pejabat Daerah/Tanah Klang pada hari Jumaat 11 Mac 2011 bertempat di Balai JKKK Kg Delek mulai jam 9 pagi. Sumbangan ini akan disampaikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali ADUN Selat KLang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Sunday, March 6, 2011

PROGRAM KESEDARAN DAN PENCEGAHAN WABAK DENGGI

Program kesedaran dan pencegahan wabak denggi kepada pimpinan masyarakat daerah Klang akan diadakan pada hari Rabu 16 Mac 2011 bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang dai jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Program ini akan dihadiri oleh Ketua Kampung, Setiausaha dan Bendahari JKKK Sungai Udang.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNIVERSITI MALAYA

Pada 28 Februari yang lalu 5 orang wakil penuntut Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah melawat Kampung Sungai Udang dan berjumpa dengan Ketua Kampung untuk berbincang berkenaan program khidmat masyarakat (KHEDMAT'11). Antara pengisian program ialah pembangunan kanak2, remaja menengah, masyarakat awam dan masyarakat bukan Islam.
Tema "Membangun Mahasiswa Bersama Masyarakat" dan program ini adalah kerjasama bersama EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Hajah Halimah Ali merangkap ADUN Selat Klang. Mesyuarat susulan adalah pada 14 Mac 2011 untuk membincangkan aturcara Program yang akan diadakan pada 1 hingga 3 April 2011 nanti.

KURSUS ASAS PROTOKOL & ETIKET SOSIAL

Kursus asas protokol & etiket sosial dan pengurusan mesyuarat berkualiti ketua kampung tradisi & ketua komuniti kaum India negeri Selangor bagi daerah Klang dan Petaling telah diadakan pada hari Selasa 22 Februari 2011 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam dari jam 8 pagi hingga 5 petang.JKKK Sungai Udang telah di wakili oleh Ketua Kampung, Setiausaha, Bendahari, Ketua Biro Kebajikan dan Biro Ekonomi. Antara agenda adalah cara-cara pengurusan mesyuarat yang berkualiti, peranan dan tanggungjawab ahli-ahli mesyuarat dan pengurusan majlis dalam konteks perhubungan awam.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2010

GOTONG ROYONG PERDANA SUNGAI UDANG 2010

Gotong royong perdana anjuran JKKK Sungai Udang telah diadakan pada Ahad 5 Disember 2010 lalu yang telah disertai oleh pegawai2 dari Pej Daerah Klang, Jabatan Alam Sekitar MPK, Alam Flora, Jabatan Kesihatan Daerah Klang, NGO-NGO, ahli2 River Ranger Sungai Udang, ahli2 JKKK dan masyarakat setempat. Program ini telah dilancarkan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang, Tuan Haji Samsudin bin Mon. Gotong royong in berakhir sekitar 12.00 tengahari.