YAB Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim telah melancarkan Program Pendemokrasian Rakyat 2010 di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK Shah Alam pada 22 Mei 2010 yang lalu. Program ini antara lain adalah untuk mendaftar pemilih baru yakni individu yang belum mendaftar sebagai pemilih dan lahir sebelum 1 Januari 1990. Setiap Ketua Kampung disarankan untuk mencapai seramai 100 pemilih baru dalam jangkamasa 8 minggu (bermula 22 Mei hingga 18 Julai 2010). Fokus utama Program ini diadakan adalah untuk mendaftar seramai mungkin pengundi2 muda dan sebilangan kecil pengundi dewasa yang belum pernah mendaftar dan mengundi didalam pilihanraya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Pegawai Sekretariat yang bertugas seperti berikut:
Encik Abdullah 013-3127604
Encil Fadhil Ahmad 013-3127602
No comments:
Post a Comment