Saturday, July 20, 2013

KARNIVAL DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI DAN KAMPUNG MDMSU 24 - 27 JANUARI 2013

Karnival perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor telah diadakan pada 24 Januari 2013 dan MDMSU telah menjadi johan peringkat negeri kategori masjid- tahniah diucapkan kepada semua peserta kontinjen MDMSU dan pada 25 hingga 27 Januari diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Sungai Udang dimana pelbagai program telah dijalankan bermula dengan Ceramah Perdana oleh Ustaz Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari pada 25 Januari selepas solat maghrib. Pada keesokan harinya, 26 Januari 2013 konvoi kenderaan pacuan 4 roda bersama-sama Yang Berhormat Dr Hajah Halimah Ali, ADUN kawasan Selat Klang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor mengelilingi Kampung Sungai Udang dan merasmikan Program Sambutan Maulidur Rasul tahun 2013. Gerai-gerai turut disediakan untuk pelbagai aktiviti jualan dan pameran. Terdapat juga pertandingan mewarna khat khusus untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma untuk orang dewasa.




No comments:

Post a Comment